Dirang dah tak ada, agaknya itulah perkara yang bermain-main di kotak fikiran Roselyn Alan ketika ini.
Dirang mati, kena bunuh, merintih lagi hati seorang emak.
Dirang mati salah aku, sadis kan? Kau boleh hidup dengan persoalan itu dalam kepala otak kau?
Iye, aku tahu, Roselyn tak patut biarkan anak dia umur lima tahun pergi kedai sorang-sorang sambil dia layan Facebook. Aku tahu. Aku pun rasa benda tu tak patut.
Dan macam mana pulak si perpetrator? Si pesalah laku? Tak ada sedikit pun naluri kemanusiaan kah? Dah kering atau memang tak ada?
Sedih. Aku sedih bukan sahaja sebab Dirang. Aku sedih sebab we live in a world where this is happening. It is now clear, ternyata bahawa kita semua belum bersedia untuk syurga.
Dirang, mama mintak maaf (iye, aku juga ibu kepada Dirang dan anak-anak lain di sekitarku. Kau pun sama. Jangan culas tanggungjawab Allah ni). I have let you down, sayang. I will work harder to make this world a better place. For everyone of us.
Sampai satu saat nanti, kita semua akan layak untuk syurga.
No comments:
Post a Comment